INSTEP dan Yayasan Pendidikan MAIDAM Terus Sokong Agenda TVET Nasional melalui Program Latihan Teknikal

Kuala Nerus, Malaysia, 27 Mei 2024 – INSTEP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM), Terengganu, telah melaksanakan Program Latihan Teknikal Zakat Wakalah melibatkan anak-anak asnaf fakir dan miskin di negeri Terengganu.

Zakat Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh MAIDAM kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak. Dana As-Syakirin sebagai pemegang amanah yang menguruskan zakat PETRONAS mengambil peluang ini untuk menaja 27 asnaf terpilih untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang TVET minyak dan gas melalui program latihan teknikal selama 3 bulan di INSTEP.

Pengurus Besar INSTEP, En. Azhar Ahmad hadir memberikan ucapan aluan kepada syarikat perkhidmatan Terengganu yang hadir pada sesi Engage & Connect

Selama 12 minggu latihan di INSTEP, pelajar dilatih dalam pelbagai kemahiran asas berkenaan minyak dan gas iaitu pembaikan elektrikal dan mekanikal. Selain itu modul sampingan seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kelestarian turut disertakan. Pelajar juga dilengkapkan dengan program pensijilan seperti AESP, First Aider, OGSP dan T-BOSIET.

Ini membolehkan para pelajar yang akan menamatkan program latihan ini mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk berkerja dengan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas.

Sesi Engage and Connect dilaksanakan pada hari ini, merupakan satu platform untuk para pelajar tajaan Zakat Wakalah mendapat pendedahan mengenai bidang perkerjaan di dalam industri tenaga. Turut hadir pada sesi ini adalah En. Mohd Firdaus bin Mamat, YPM dan wakil syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas beroperasi di Terengganu iaitu ANZ Engineering Sdn Bhd, EPIC OG Sdn Bhd, Elektro Serve (M) Sdn Bhd dan UBF Maintenance Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad bin Nasir, “Program ini selari dengan agenda pembangunan modal insan dalam usaha membentuk masyarakat yang berkualiti melalui pendidikan dan peningkatan daya kemahiran teknikal rakyat Terenganu.”