INSTEP Meriahkan Pertandingan Beca Berhias Buat Julung Kali

INSTEP telah menyertai pertandingan kenderaan berhias buat julung kalinya bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu pada 7 Jun 2024.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut mencemar duli menghadiri pada acara tahunan itu yang berlangsung di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Beca berhias INSTEP yang meriahkan perarakan tersebut.

Selain penyertaan beca berhias oleh INSTEP, sebanyak 15 beca dari anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dan lapan kenderaan berhias dari kesemua pejabat daerah di Terengganu turut menyertai perarakan ini.

Majlis juga turut dihadiri oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar beserta ribuan penonton yang hadir untuk menyaksikan majlis perarakan dan pertandingan kenderaan berhias berkenaan.

Pengurus Besar INSTEP, En. Azhar Ahmad hadir sebagai wakil untuk menerima saguhati semasa penyampaian hadiah.

Dengan memberi tumpuan khas kepada sambutan ulangtahun PETRONAS yang ke-50 pada 17 Ogos 2024, INSTEP membawa imej obor yang menjadi simbolik legasi dan komitmen syarikat dalam pembangunan bakat teknikal industri bertaraf dunia.