INSTEP Agih Bakul Makanan kepada 80 Keluarga Asnaf Batu Rakit

Seramai 80 keluarga asnaf daripada 20 kampung di  kawasan Batu Rakit menerima sumbangan bakul makanan hari ini, menerusi program Memacu Kehidupan: Jelajah Ramadan, anjuran Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP).

Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad Nasir menyampaikan sumbangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad Nasir, kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit.

Pengurusan INSTEP bersama penerima bakul makanan semasa kunjungan ke rumah di kawasan Batu Rakit.

Setiap keluarga terpilih menerima bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, sardin, garam, gula, pek kuih raya serta barangan keperluan asas lain sebagai usaha meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri. 

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha INSTEP untuk menyantuni masyarakat sekitar kampus. Bantuan ini disampaikan kepada keluarga asnaf yang terpilih dari senarai berdaftar di Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit.

Terdahulu, INSTEP juga telah menganjurkan program Ihya Ramadan dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti “Jom Kacau Bubur Lambuk” dan program berbuka puasa “Iftar4U”, yang mana melibatkan pengagihan pek makanan serta bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Batu Rakit.

Menurut Mohamad, kepelbagaian program yang dianjurkan adalah sebahagian daripada komitmen INSTEP dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.

“Di INSTEP, kami bukan sekadar melatih tenaga kerja industri, tetapi juga komited untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di sekeliling kami. Melalui program ini, kami berharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan, terutama menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

INSTEP dan Yayasan Pendidikan MAIDAM Terus Sokong Agenda TVET Nasional melalui Program Latihan Teknikal

Kuala Nerus, Malaysia, 27 Mei 2024 – INSTEP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM), Terengganu, telah melaksanakan Program Latihan Teknikal Zakat Wakalah melibatkan anak-anak asnaf fakir dan miskin di negeri Terengganu.

Zakat Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh MAIDAM kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak. Dana As-Syakirin sebagai pemegang amanah yang menguruskan zakat PETRONAS mengambil peluang ini untuk menaja 27 asnaf terpilih untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang TVET minyak dan gas melalui program latihan teknikal selama 3 bulan di INSTEP.

Pengurus Besar INSTEP, En. Azhar Ahmad hadir memberikan ucapan aluan kepada syarikat perkhidmatan Terengganu yang hadir pada sesi Engage & Connect

Selama 12 minggu latihan di INSTEP, pelajar dilatih dalam pelbagai kemahiran asas berkenaan minyak dan gas iaitu pembaikan elektrikal dan mekanikal. Selain itu modul sampingan seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kelestarian turut disertakan. Pelajar juga dilengkapkan dengan program pensijilan seperti AESP, First Aider, OGSP dan T-BOSIET.

Ini membolehkan para pelajar yang akan menamatkan program latihan ini mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk berkerja dengan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas.

Sesi Engage and Connect dilaksanakan pada hari ini, merupakan satu platform untuk para pelajar tajaan Zakat Wakalah mendapat pendedahan mengenai bidang perkerjaan di dalam industri tenaga. Turut hadir pada sesi ini adalah En. Mohd Firdaus bin Mamat, YPM dan wakil syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas beroperasi di Terengganu iaitu ANZ Engineering Sdn Bhd, EPIC OG Sdn Bhd, Elektro Serve (M) Sdn Bhd dan UBF Maintenance Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad bin Nasir, “Program ini selari dengan agenda pembangunan modal insan dalam usaha membentuk masyarakat yang berkualiti melalui pendidikan dan peningkatan daya kemahiran teknikal rakyat Terenganu.”