Seramai 80 keluarga asnaf daripada 20 kampung di kawasan Batu Rakit menerima sumbangan bakul makanan hari ini, menerusi program Memacu Kehidupan: Jelajah Ramadan, anjuran Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP).

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad Nasir, kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit.

Setiap keluarga terpilih menerima bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, sardin, garam, gula, pek kuih raya serta barangan keperluan asas lain sebagai usaha meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha INSTEP untuk menyantuni masyarakat sekitar kampus. Bantuan ini disampaikan kepada keluarga asnaf yang terpilih dari senarai berdaftar di Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit.
Terdahulu, INSTEP juga telah menganjurkan program Ihya Ramadan dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti “Jom Kacau Bubur Lambuk” dan program berbuka puasa “Iftar4U”, yang mana melibatkan pengagihan pek makanan serta bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Batu Rakit.
Menurut Mohamad, kepelbagaian program yang dianjurkan adalah sebahagian daripada komitmen INSTEP dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.
“Di INSTEP, kami bukan sekadar melatih tenaga kerja industri, tetapi juga komited untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di sekeliling kami. Melalui program ini, kami berharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan, terutama menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.